Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS meraih perhatian netizen apabila sikapnya yang dilihat ramah bersama peminat.
Ramah dengan peminat
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohd Salleh menuju kearah peminatnya yang ingin bergambar.
Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram selesai raptai penuh bagi sebuah program.
Tok Ram tengah kalut cari driver tak jumpa tapi sempat layan peminat nak bergambar.
‘Dulu takut nak tegur’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan sikap ‘sporting’ Tok Ram. Selain itu, warganet berseloroh mengatakan perubahan juri berusia 66 tahun itu oleh kerana pelawak terkenal, Nabil yang sering mengusiknya.