Penyanyi dan usahawan Nubhan tampil membuat penjelasan berikutan tular berita kematian seorang wanita yang dikatakan mirip ibunya, Badariah Omar atau lebih dikenali sebagai Mak Jenny.
Hanya seiras
Replying to @Noraimeh79 semoga arwah ditempatkan di kalangan org yg berikan… -al fatihah-
? original sound – nubhan86 – nubhan86
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad berkata, berita kematian wanita tersebut adalah sahih namun bukanlah ibunya.
Video kematian itu benar tetapi bukanlah ibu saya. Video itu adalah kematian seorang insan bernama Sapiah Binti Abdul Ghani iaitu pada 22 September jam 10.13 malam.
Kebetulan arwah wanita itu mukanya ada iras wajah ibu saya.
Susulan itu, Nubhan menerima banyak panggilan yang rata-ratanya menyangka bahawa ibunya sudah meninggal dunia.
Saya dapat banyak panggilan bertanya tentang ibu saya. Itu bukan Mak Jenny.
Kepada semua, jangan salah sangka dan jangan fikir itu adalah ibu saya sebab pada hantaran itu sendiri tertera nama arwah.
Mengakui terkejut ketika melihat hantaran tersebut, namun Nubhan yakin pihak keluarga arwah tiada sebarang niat yang buruk dan hanya mahu menghebahkan tentang berita kematian itu.
Dalam masa yang sama, usahawan berusia 37 tahun itu mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga arwah wanita tersebut.
Saya pun terkejut, saya ingat orang nak mempermainkan ibu saya tetapi setelah saya tengok balik video itu, memang benar ada kematian.
Saya tak rasa hantaran itu berniat untuk mempermainkan mana-mana pihak dan saya menghormati ahli keluarga arwah.
Saya mengucapkan takziah kepada keluarga arwah di atas pemergiannya. Saya juga mendoakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta diampunkan dosanya.
Sementara itu, Nubhan turut memaklumkan ibunya akan menjalani pembedahan tidak lama lagi.