[VIDEO] Usahawan Sanggup Beratur Dua Jam Di Monaco, Demi Nak Beli Beg Goyard – ‘Syurga Kan Bawah Telapak Kaki Ibu’

Shopee Sale


Seorang usahawan yang dikenali sebagai Wan Zaini Wan Hassan berkongsi kisah bagaimana dirinya sanggup beratur selama dua jam di negara Monaco hanya kerana ingin menunaikan permintaan ibu tercintanya.

Jadikan ibu keutamaan

" data-video-id="7441419281037937928">
@wanzaini.imtiyaz ?????? ????????? “????? ??????? ???? ????-???? ????? ?????? ?????? ?????.” #wzapprenticeprogram #joinimtiyazconsultancy #wzrhtraveltheworld #imtiyaztraveltheworldclub #ibu #mother #blessed ? original sound – Wan Zaini Wan Hassan

Menerusi video dimuat naik di TikTok, Wan Zaini berpesan kepada orang ramai untuk sentiasa mengutamakan insan yang bergelar ibu kerana mereka merupakan individu di tangga teratas dalam kehidupan kita.

Ibu itu sememangnya keutamaan kita dan semua orang tahu itu cuma mungkin ada segelintir yang terlupa kot.

Tapi bagi saya mak kita ini memang di tangga yang teratas.

Walau bagaimanapun, Wan Zaini mengakui platform media sosial masa kini sedikit ‘berbahaya’ buat golongan yang sudah berusia.

Cuma itulah sejak ada aplikasi TikTok ini, mak saya pun bahaya juga. Ini adalah kisah benar.

Sehari sebelum saya terbang ke Monaco, saya bangun pagi nampak mak ada hantar mesej.

Kalau mak mesej waktu pagi ini kita akan rasa ‘suspend’ kalau-kalau ada yang meninggal ke sakit ke kan?

Mak nak beg Goyard

Ketika dirinya membuka mesej yang dihantar, ‘kerisauan’ Wan Zaini terbantut selepas mendapati ibunya meminta pertolongan untuk dibelikan sebuah beg berjenama mewah iaitu ‘Goyard’.

Saya pun baca mesej itu, rupanya mak hantar link dan cakap, ‘Kalau beg ini murah di Monaco belikanlah tapi kalau mahal tak mengapa’.

Bila saya buka link itu rupanya tengah promo beg Goyard. Aduh saya cakap, ‘Siapa pulalah yang mengajar mak fasal beg Goyard semua ini’.

Ingatkan kecemasan apa lah tadi terus aku beratur dua jam, mak punya fasal.

Di akhir perkongsian, Wan Zaini sempat berseloroh mengatakan bahawa adalah tidak wajar golongan tua seperti ibunya untuk bermain media sosial seperti TikTok.

Kadang-kadang mak kita ke orang tua kita jangan ajar lah main TikTok semua ini, bahaya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 390,000 tontonan dan lebih 12,000 tanda suka.

MENARIK:  Terima Ancaman ‘Dilarang’ Jejakkan Kaki Ke Singapura, Muaz Zabir Tak Terfikir Nak Upah ‘Bodyguard’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur mendengar perkongsian Wan Zaini dan mengatakan bahawa ibunya mempunyai ‘taste’ yang tinggi untuk membeli sebuah beg tangan.

Komen netizen

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular