Baru-baru ini, konflik perkahwinan antara adik-beradik yang berlaku di dalam drama Lelaki Itu menjadi perbualan netizen di media sosial.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Alhamdulillah, Penyondol Atau Perampas Tetap Isteri Yang Sah’ – Para Isteri ‘Naik Darah’ Dengar Kenyatan Imani Dalam ‘Lelaki Itu’?
Artikel berkaitan: [VIDEO] Bolehkah Gugurkan Anak Sumbang Mahram? Ini Penjelasannya
Hukum kahwin adik beradik tanpa sengaja
Menerusi perkongsian di TikTok BacalahHub, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus menjelaskan hukum kahwin adik-beradik secara tidak sengaja.
Menurut Ustaz Azhar, hukumnya tidak berdosa dan tidak berzina memandangkan masing-masing tidak mengetahui bahawa mereka adalah adik-beradik.
Malah, anak hasil daripada perkahwinan mereka juga tidak berdosa.
Kalau tersalah nikah bukan sengaja, tidak zina. Zina ialah dah tahu mahram tapi nikah juga itu zina. Ini tersalah, contoh dia beranak dua orang anak. Anak yang pertama dia beri dekat orang sebab dia susah sangat jadi orang Johor ambil bawa balik dan dia bela di Johor.
Lepas dua tahun, dia senang murah rezeki beranak pula anak kedua lelaki. Jadi dia tak beritahu dia tak tulis nasab dia supaya tak bertukar dan dia diam begitu sahaja. Mak bapak mati, ahli keluarga pun mati.
Dua orang anak ini bertemu di Facebook dan bercinta padahal mereka adik-beradik. Maka berkahwin dengan wali hakim hukumnya tidak berdosa kerana tidak ada dalil tidak diketahui akan hubungan mahram mereka berdua.
Perkahwinan di sisi feqah sah. Hakikat tidak sah kerana adik-beradik. Jadi adakah berzina? Jawapannya tidak berzina. Dapat anak empat orang pun tidak berdosa. Yang dosa apabila dah tahu mahram tapi nikah juga itu sumbang mahram namanya.
Tak wajib lafaz cerai
Sementara itu, Ustaz Azhar memberitahu tidak wajib untuk lafaz cerai kerana perkahwinan tersebut serta merta terbatal sebaik sahaja mengetahui mereka adalah adik-beradik ataupun dengan mahram yang mempunyai pertalian darah.
Kemudian bila diketahui wajib tak lafaz cerai? Tak wajib. Dapat tiga anak dah nikah adik beradik atau nikah dengan mahram lain pun boleh juga tak semestinya adik beradik. Dapat tahu bahawa mereka nikah adik beradik tak wajib lafaz cerai. Maknanya terbatal nikah serta merta.
Ulama yang kata tak payah cerai kerana bila dah tahu adik beradik terbatal nikah automatik. Cuma lapor kepada mahkamah syariah untuk digazetkan perpisahan mereka itu. Anak mereka itu adalah anak wati syubhah bukan anak zina.