[VIDEO] Ustaz Kazim Kongsi Pengalaman Disihir – ‘Saya Nampak Perempuan Duduk Dekat Pintu Rumah, Dia Ketawa Sangat Menakutkan’

Shopee Sale


kazim

Foto: Harian Metro

Pendakwah bebas, berkongsi tentang pengalamannya disihir oleh enam orang individu.

Pendedahan Ustaz Kazim

" data-video-id="7375917495565307154" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@pakcikkerusibatu

Membalas kepada @rahhilah 70 #kreditsalammuslim #ustazkazimelias #sihir #kuliahagama #pakcikkerusibatu #foryourpage

? Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Kazim mendedahkan bahawa dia pernah mengalami pengalaman buruk ketika disantau.

Tahun 1997, saya kena santau balik daripada qiamulai di sebuah kem, Saya rasa lain macam, dada pedih rasa macam nak muntah.

Saya pergi ke hospital, doktor kata jangkitan virus, tidak ada apa-apa. Saya balik rumah, dan dalam enam hari dan terbaring tak boleh buat kerja.

Paling menakutkan apabila penceramah itu berkata, dia sering diganggu oleh makhluk halus ketika berada di rumah sebelum dibawa mendapatkan rawatan oleh keluarga mentuanya.

Setiap petang saya lihat ada satu perempuan duduk dekat pintu rumah saya. Dia kata dekat saya, ‘padan muka kau ceramah mengata pada orang, kau rasakan.’ Kemudian dia ketawa sangat menakutkan.

Saya boleh bayangkan muka dia macam mana sampai sekarang dan orang lain tak nampak.

Keluarga mentua saya bawa saya balik berubat di Kedah. Saya dah sebulan tak makan, saya terbaring jadi kurus kering.

Bercerita lanjut, penceramah berusia 51 tahun tersebut berkata, dia pernah bermimpi enam individu yang didakwa menjadi dalang perbuatan sihir tersebut.

Satu malam saya ada bermimpi dan ada seorang ulamak kata saya kena sihir. Dia kata kamu ambil tujuh benda ini, kamu campur dan kamu buat ubat.

Kemudian dia tunjukkan kepada saya enam gambar orang yang sihirkan saya dalam mimpi itu. Dia ambil macam paku kemudian dia lontar dekat dinding macam main dart tu, lima gambar lelaki dan satu gambar perempuan.

Saya pun terbangun dalam jam 4.30 pagi, saya kejut isteri saya untuk tulis tentang ubat itu. Kemudian esoknya pukul 11 pagi saya dah boleh duduk. Saya cakap padanya saya rindu dekat anak, kemudian saya dah boleh makan nasi selepas lebih sebulan.

Tidak lama kemudian, dua orang individu tampil membuat pengakuan kepada Ustaz Kazim dan beliau memilih untuk memaafkan mereka.

Pada tahun, 2000 saya pindah daripada rumah yang saya kena sihir. Waktu saya tengah sibuk angkat barang, datang sepasang suami isteri dan mereka berkata, ‘ustaz kata kami datang ni nak minta maaf, kami yang sihirkan ustaz.’

Saya kata saya dah tahu lama, mana lagi empat orang. Jadi dia tanya, ‘ustaz tahu kami berenam?’

Saya kenal mereka, tapi saya tak adalah nak marah. Sembang dengan mereka macam biasa. Sebab pada saya takkan kita nak percayakan mimpi. Dekat isteri saya pun tak beritahu, saya hanya cerita tujuh ramuan ubat itu sahaja.

Saya maafkan mereka dunia, akhirat.

Dia nak jadi anak murid saya, bawa kereta saya. Daripada benci, bila saya dah maafkan kami jadi kawan.

MENARIK:  ‘Saya Malas Nak Layan Golongan Terpaling Itu Ini’ – Shila Amzah Perjelas Sebab Tak Boleh Berpuasa

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular