Penceramah bebas, Ustaz Wadi Annuar mendedahkan dirinya pernah berkahwin ketika dirinya pulang dari menuntut ilmu kira-kira 16 tahun yang lalu.
Pernah berkahwin
Walau bagaimanapun, perkahwinan itu tidak kekal lama apabila Ustaz Wadi Annuar dan bekas isteri berpisah beberapa tahun selepas mendirikan rumah tangga.
Tambah Ustaz Wadi, dia juga tidak mempunyai cahaya mata hasil daripada perkahwinan yang dibina itu.
Sebenarnya saya sudah berkahwin dahulu selepas balik, alhamdulillah selepas saya balik (dari menuntut ilmu) 2008, lebih kurang pada tahun 2009.
Kemudian beberapa tahun dan bantera perkahwinan itu tidak lama. Daripada situ saya kekal (solo) sehingga ke hari ini seorang diri, Alhamdulillah.
Tapi tak sempat ada anak dan yang tular selalu ikut saya berceramah itu adalah anak kepada jiran.
Ustaz Wadi berkongsi perkara tersebut menerusi sesi podcast ‘Apa Cerita?’ yang dikendalikan anak kepada Datuk Khalid Mohamad Jiwa iaitu Asyraf Khalid.
Belum terbuka hati nak kahwin
Ketika ditanya adakah dirinya mempunyai keinginan untuk mendirikan semula rumah tangga, penceramah berusia 41 tahun memaklumkan dia masih belum terbuka hati untuk berbuat demikian.
Hari ini hari Ahad, semalam (Sabtu) oun masih ada yang datang meminang saya lagi tetapi saya belum terbuka hati (berumah tangga).
Pasti (saya) nak berkahwin sebab saya juga ada perasaan.
Waktu di sekolah menengah dulu pun saya ada jatuh hati dekat orang, dekat universiti pun saya ada luahkan hasrat untuk menjadikan seorang wanita ini isteri tapi waktu itu belum sampai masanya lagi.
Hantaran tersebut telah tular dan meraih perhatian ramai yang rata-ratanya baru tahu mengenai status terkini Ustaz Wadi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mendoakan agar Ustaz Wadi dipertemukan jodoh dan segala urusannya dipermudah.