Biarpun sudah genap tiga tahun sebutir permata seni iaitu penyanyi Siti Sarah pulang ke negeri abadi, namun kehilangan Allahyarham masih dirasai hingga hari ini.
Hari lahir ibu
Sempena ulang tahun kelahiran arwah Siti Sarah hari ini (15 September), bapa dan ibu tirinya dilihat mengadakan kuiz bersama anak-anak arwah iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Agak-agak siapa lebih kenal ibu? Hari ini hari lahir ibu, 15 September. Semoga yang tengok video ni dapat sedekahkan Al-Fatihah pada arwah ibu ya, Siti Sarah Binti Raissuddin.
Kesemua soalan yang ditanya pada masa itu mempunyai kaitan dengan arwah. Antara soalan yang ditanya ialah, nama penuh arwah, tempat lahir, nama adik beradik dan perkara yang paling arwah sangat suka.
Menerusi rakaman video pendek yang dimuat naik di Instagram, Uwais dan Talita boleh menjawab soalan yang diberikan. Matin pula kelihatan cuba sedaya upaya untuk memberikan jawapan yang betul bagi setiap soalan yang diajukan.
Video
View this post on Instagram