Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad telah menyorot perhatian warganet dengan gaya hijab lain dari yang lain.
Pantang dicabar
Some interesting comments I got from my previous video ? From kain batik, kain pelikat, guni beras, baldi, tudung saji & selimut, which one you rasa I pakai paling onz? ?? Dah lepas ni jangan request yang aneh2 lagi. I pantang dicabar tau ?
? original sound – UyainaArshad – UyainaArshad
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Uyaina nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad menuruti permintaan warganet iaitu mengantikan hijab dengan menggunakan pelbagai barangan di rumah.
Dari kain batik, kain pelikat, guni beras, baldi, tudung saji dan selimut yang mana satu awak semua rasa saya pakai paling ‘onz’?
Lepas ini jangan minta benda pelik-pelik lagi. Saya pantang dicabar tau!
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, ternyata gelagat pengacara rancangan Wanita Hari Ini itu telah mencuit hati rata-rata warganet yang menontonnya.
Bentuk muka tu memang dah lawa, pakai apa pun cantik.
Baldi ke, guni beras ke, tudung saji ke..semua yang awak pakai cantik.
Bila pakai guni beras tu saya dah dekah, masuk air juga ya Uyaina ni.
Pakai tudung saji tu dah macam vibe Aina Abdul aku tengok.
Kain pelikat tu ada potensi jadi trend, habis la bapak-bapak.