[VIDEO] Vida Hulur Bantuan Hampir RM200K Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan

Shopee Sale


Usahawan kontroversi Datuk Seri Vida dilihat tampil menghulurkan bantuan bernilai RM200,000 kepada mangsa banjir di Kelantan.

Sumbangan hampir RM200,000

Menerusi sebuah posting di Instagram, bantuan tersebut diagihkan oleh anak lelaki Vida sendiri iaitu Kacak. Menurut Vida, dia tidak dapat ke negeri berkenaan berikutan sedang menunaikan ibadah umrah. Tambah Vida, bantuan yang akan diagihkan itu berupa makanan dan barang keperluan asas.

Alhamdulillah Hero mama Kacak wakil mama untuk turun memberi sumbangan untuk rakyat kelantan. Walaupun mama jauh, mama sentiasa doakan semoga semua yang terkesan dengan banjir kali ini dipermudahkan segala urusan.

Kali ini saya memperuntukkan hampir RM200,000 untuk membeli barang keperluan dan makanan.

Di samping itu, Kacak dilihat sempat membuat panggilan video bersama Vida sebelum bertolak ke Kelantan. Vida sempat berdoa agar urusan anaknya dipermudahkan selain memaklumkan bantuan tersebut daripada syarikatnya iaitu Vida Beauty.

InsyaAllah kita cuba bantu dengan sedaya upaya dalam bentuk bantuan makanan dan keperluan harian dan wang kita bagi juga untuk fasa pertama. Dan akan ada juga bantuan pasca banjir selepas ini.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

MENARIK:  [VIDEO] ‘Mana Tahu Sebenarnya Yassin Tengah Banyak Duit.. Dia Tengah Duduk Relaks?’

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular