Setiap kali bakal menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, pasti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia mula sibuk melakukan persiapan termasuklah membeli pakaian baharu.
Namun baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa kurang senang dengan strategi sesetengah peniaga yang menjual pakaian secara berasingan.
Baju, kain raya dijual asing
Menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Symmsfa berpendapat bahawa tindakan tersebut sangatlah tidak wajar malah telah membebankan pembeli. Tambahan pula, harga yang dijual juga ada kalanya tidak masuk akal. Boleh dikatakan, harga tersebut ibarat membeli dua pasang baju lengkap.
Aku nak tanya, siapa mulakan idea jual baju lain harga, skirt lain harga. Dah lah baju kalau RM50, skirt RM50 tak apa lah juga. Ni baju RM251, skirt RM340.
Tak ke naya kami pembeli? Kalau kami nak beli design lain skirtnya, pandailah kami nak beli extra. Pandai-pandai pula dia pergi asingkan, sakit juga hati ni.
Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata wargamaya turut bersetuju dengan pendapat tersebut. Tidak kurang juga ada di antara mereka berharap agar para peniaga mempertimbangkan semula strategi yang digunakan mereka.