[VIDEO] ‘Waktu Itu Saya Dah Mengucap’ – Azlee Dedah Jantung Macam Dipukul, Ingatkan Pedih Ulu Hati

Shopee Sale


azlee

Khamis lalu, pelakon dan pelawak Azlee Senario dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat masalah jantung.

Keadaan terkini Azlee

azlee ijn 2

Menerusi temu bual bersama Melodi, Azlee atau nama lengkapnya Muhammad Azlee Jaafar mengimbas kembali keadaannya ketika dia mengalami serangan jantung.

Tiba-tiba dada saya rasa sakit, saya ingatkan pedih ulu hati. Tak ada tanda-tanda pun, tiba-tiba jantung macam dipukul.

Berpeluh satu badan, peluh luar biasa, baring tak kena, berdiri tak kena. Saya nak ambil nafas pun tak boleh.

Selepas mendapat rawatan kecemasan, pelakon filem Lagi Lagi Senario itu difahamkan menjalani pembedahan hampir dua jam.

Pergi klinik doktor syak masalah jantung. Doktor terus telefon ambulans untuk bawa saya ke Hospital Sungai Buloh, kemudian diminta untuk rujuk ke IJN.

Doktor kata ianya sangat kritikal dan jantung bila-bila masa sahaja boleh berhenti sebab injap dah putus. Jadi pembedahan dilakukan serta merta, dalam dua jam lebih.

Doktor kata makan masa juga. Doktor tak bagi memandu, sebab takut yang ditebuk ini pecah.

Pelawak berusia 57 tahun tersebut berkata, dia sama sekali tidak menyangka akan mengalami serangan jantung dan bersyukur kerana mendapat rawatan segera.

Ini kali pertama saya kena serangan jantung. Saya dah mengucap, saya kata, ‘Ya Allah, ampunkanlah dosa aku’. Lepas tu saya tengok anak dan isteri, saya menangis.

Tapi mereka bertindak pantas sebab waktu itu saya memang dah tak ada nyawa, tinggal sikit-sikit sahaja lagi.

Doktor kata nasib baik cepat sikit. Tiba-tiba kena serangan, mungkin penat sangat.

Sekarang saya rasa lega, tapi sedikit mamai. Sudah boleh tarik nafas dan dipindahkan ke wad biasa.

Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram, pelawak Ropie memuat naik tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp beserta foto yang memaparkan Azlee sedang menerima rawatan. Dalam masa yang sama, Ropie turut memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan Azlee.

MENARIK:  Norman Hakim Jawab Dakwaan Lepas Tangan Isu Marissa Dania, Minta Abby Abadi Henti Buka Pekung Keluarga Di Media Sosial

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular