[VIDEO] Wan Maimunah Menitis Air Mata, Syukur Selamat Tiba Di Malaysia Selepas Tunai Haji – ‘ Terima Kasih Atas Doa Semua’

Shopee Sale


wan maimunah

Pelakon vetaran, Wan Maimunah selamat tiba di Malaysia selepas selesai mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci.

Pulang dengan selamat

" data-video-id="7384341605345496337" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@ibuwm

Terima kasih atas doa semua. Ibu dah selamat sampai. #syukurselalu

? original sound – @ibuWM_1607#Alhamdulillah – @ibuWM_1607#Alhamdulillah

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Wan Maimunah atau nama lengkapnya Wan Maimunah Wan Abdul Aziz dilihat sedang berada di perkarangan lapangan terbang dan dengan penuh rasa syukur memaklumkan bahawa dia telah tiba di tanah air.

Terima kasih atas doa semua. Alhamdulillah, ibu dah selamat sampai.

Dalam nada sebak, pelakon berusia 70 tahun itu memanjatkan doa buat semua yang menonton video tersebut agar turut diberikan kesempatan untuk ke Makkah.

Mudah-mudahan awak semua akan menyusul ke Tanah Suci untuk menunaikan rukun Islam yang kelima, insya-Allah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersyukur melihat keadaan Wan Maimunah yang pulang dalam keadaan sihat selain turut mendoakan kesejahteraannya.

Alhamdulillah, moga doa mu makbul dan dikurniakan kesihatan yang baik buat Wan Maimunah.

Suka dengan Wan Maimunah, cakapnya lembut. Terima kasih atas doa.

Alhamdulillah, selamat sampai. Semoga sihat selalu, panjang umur dan murah rezeki.

Terdahulu, pelakon drama Karena Cintaku Saerah itu berangkat ke Makkah pada 10 Mei lalu selepas mendapat berita gembira tersebut daripada pihak Lembaga Tabung Haji sebelum bulan Ramadan.

MENARIK:  Lelaki Yang Pernah Ditumbuk Ketika Bekerja Depan Sogo KL Kini Memegang Jawatan Utama Di Pakistan

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular