Video: Wawa Zainal Dikecilkan sebagai ‘Founder’ Pintar, Memilih Misya Sebagai Wajah Koleksi Tudung Terkini

Shopee Sale


wawa zainal misya

Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal memilih isteri kepada Aslam iaitu Misya Mazlan sebagai wajah untuk koleksi tudung terbaru jenama Wawa Scarves selama tiga bulan.

Kontrak tiga bulan

Wawa Zainal Misya

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Wawa memuji kecantikan dan sifat peribadi Misya yang disifatkan seorang yang lemah lembut.

Alahai so sweet dia (Misya) ini . Cantik dan lemah lembut.

Dalam video yang dimuat naik, Wawa dan Misya berjalan berpimpin tangan sambil menggayakan koleksi tudung terbaru yang difahamkan sudah dilancarkan dalam sebuah majlis pada Ahad.

Founder yang bijak

Wawa Zainal Misya 2

wawa misya tudung

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin yang berkongsi rezeki dengan Misya tatkala rumah tangganya sedang diuji sekarang ini.

Selain itu, peminat juga meluahkan rasa tidak sabar untuk membeli tudung edisi kali ini sebagai tanda sokongan terhadap wanita teraniaya.

Terdahulu, anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania didakwa telah mendirikan rumah tangga dengan Aslam, yang merupakan suami kepada Misya Mazlan.

MENARIK:  Adriana Adnan Tertarik Untuk Ulas Isu Lelaki ‘Songsang’ Dalam Podcast – ‘Bukan Menyokong, Tetapi Mahu Dengar Cerita Mereka’

Marissa yang didakwa merupakan isteri kedua Aslam didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga Marissa dan isteri pertama Aslam.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular