[VIDEO] Zahirah MacWilson ‘Cair’ Dengar Sebutan ‘I Love You’, Tak Jadi Marah Isaac Tumpahkan Slime Atas Karpet

Shopee Sale


Pelakon jelita, Zahirah MacWilson tampil berkongsi momen yang agak melucukan antara dirinya dan anak lelakinya, Isaac Raees menerusi satu hantaran di TikTok.

Isaac tumpahkan slime atas karpet

Menerusi hantaran tersebut, Zahirah menjelaskan bahawa dia sedang berada di dalam bilik sambil menemani Isaac yang sedang bermain permainan ‘slime’.

Pelakon berusia 29 tahun itu kemudiannya berasa hairan dengan Isaac yang secara tiba-tiba menitipkan ucapan ‘I love you’ selepas dua minit keluar daripada bilik tersebut.

Saya baru keluar daripada bilik dua minit dan tiba-tiba Isaac datang, cakap ‘I love you’ kepada saya.

Kemudian dia kata, ‘Ibu, Isaac ada tertumpah sesuatu atas karpet’.

Saya terus terkejut mendengar pengakuannya itu namun kekal sabar dan terus masuk ke dalam bilik.

Alangkah terkejutnya Zahirah apabila mendapati Isaac tertumpah ‘slime’ lalu meninggalkan kesan kotor di atas karpet.

Sebelum saya masuk bilik dia sempat cakap, ‘Tapi tak mengapa ibu, jangan risau’.

Bila saya masuk sahaja ke dalam bilik, saya lihat permainan ‘slime’ tersebut sudah tumpah dan meninggalkan kesan di atas karpet saya.

Saya agak geram melihat situasi itu dan tiba-tiba Isaac kata, ‘Tak apa ibu, nanti orang karpet akan datang cuci’. Anak saya yang baru berusia tiga tahun kata begitu pada saya.

Jelas Zahirah, dia tidak meneruskan rasa geramnya kerana terlalu ‘cair’ dengan anaknya yang begitu comel.

MENARIK:  Bapa Baby Syifa Ditahan Polis, Didakwa Seleweng Yuran Guaman

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya terhibur mendengar bebelan Zahirah.

Video

" data-video-id="7348362128341929217">
@zahirahmacwilsonIt was alot more than THAT!? original sound – Zahirah Macwilson

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular