‘Walaupun Suami Dalam Kesakitan, Dia Tak Pernah Berhenti Fikir Untuk Cari Rezeki Buat Keluarga’ – Syura

Shopee Sale


Penyanyi Syura Badron meluahkan rasa sebak kerana suaminya, Muhammad Farizat masih berfikir soal rezeki meskipun keadaan kesihatan belum pulih lagi.

Untung saya sebagai isteri

Menurut Syura, dia seorang isteri yang sangat beruntung kerana mempunyai suami yang sangat mengambil berat mengenai keluarga dan perniagaan yang diusahakan.

Walaupun suami tengah dalam kesakitan, dia tak pernah berhenti fikir untuk cari rezeki buat keluarga kami. Tak pernah lupa tanya mengenai staf dia yang tengah bekerja. Hari-hari dia tanya staf okey tak, sale okey tak dan stok okey tak?

Ujar Syura, dia sempat berpesan kepada suaminya agar percaya pada rezeki Allah.

Staf kita akan buat sehabis baik. Paling penting awak sihat sepenuhnya. Kita boleh berniaga bersama-sama macam dulu.

Tak pernah henti berfikir

Terdahulu, Syura memaklumkan suaminya telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami luka lecur yang teruk di bahagian muka, kaki dan tangan.

Difahamkan kejadian itu berlaku sewaktu mereka berada di sebuah tempat penginapan di Perlis pada Jumaat lalu.

MENARIK:  [VIDEO] Kak KM Dipuji Netizen, Kongsi Rezeki Dengan Pelajar Tahfiz – ‘Walau Macam-Macam Orang Cakap, Dia Ini Mulia Hatinya’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular