Wani Kayrie Pegang Pada Prinsip, Tak Pernah Terima Tawaran Jenama Diboikot

Shopee Sale


Isu gerakan Blockout 2024 terhadap golongan selebriti ternyata mencuri tumpuan ramai termasuk penyanyi Wani Kayrie.

Kutuk mengutuk tidak baik

Menerusi temu bual bersama Wani meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir netizen yang sewenang-wenangnya melontarkan caci maki terhadap selebriti tempatan yang nama mereka berada di dalam senarai tersebut.

Ujar Wani, caci maki yang dilemparkan itu menyebabkan rakan artis terpaksa mengeluarkan segala bukti yang mereka pernah melakukan kebaikan sehingga risau boleh jatuh riak.

Pandangan saya tindakan kutuk-mengutuk memang tidak baik. Apa yang kita cakap akan mencerminkan diri kita. Tak bermaksud tidak buat hantaran tak mendoakan atau derma sampai ada selebriti sanggup keluarkan resit buat sumbangan. Risau boleh jatuh riak.

Tidak baik apabila sesama Islam kita melagakan. Blockout bagi pandangan saya adalah trend luar tetapi orang kita terlampau mengikut trend sampai sanggup memaki hamun dan jatuh hukum sendiri.

Wani yang ditemui selepas majlis sidang media Program Innovathon musim kedua semalam, turut memberi pandangannya berhubung perbuatan mengutuk dan menghina selebriti di media sosial. Jelas Wani, perbuatan tersebut boleh menanam sifat kebencian dalam diri orang ramai dan suatu perkara yang tidak baik.

Sebenarnya kita ada hak sama ada mahu buat hantaran atau tidak mahupun marah orang yang tidak berbuat demikian tetapi jangan sampai membenci, menghina dan mencaci.

Ada orang tidak boleh terima tomahan kerana boleh makan mental sendiri dan ada orang jenis tidak kisah.

Untuk saya, perbuatan tersebut boleh pecah belahkan manusia. Memang tidak patut dan kalau mahu tegur biarlah secara peribadi.

Disoal mengenai keperluan seseorang selebriti membuat hantaran mengenai kesusahan rakyat Palestin di media sosial, Wani secara ringkas menjawab ia bergantung kepada diri masing-masing.

Pandangan peribadi saya, semua manusia ada hak untuk memilih platform menyuarakan atau tidak tetapi sebagai umat Islam semestinya kita kena ada simpati dan berperikemanusiaan kepada saudara di sana.

Rasanya tidak menjadi salah kalau kita buat hantaran atau tidak, banyak atau sedikit. Yang penting kita tahu apa kita pernah buat.

Pilihan masing-masing untuk bertindak dengan cara apa sama ada derma atau doa sudah cukup baik.

Pelantun suara ‘Kamu Kamu’ ini turut mengakui bahawa dia tidak pernah menerima sebarang tawaran daripada beberapa jenama yang dikaitkan dengan Israel. Tegas Wani, dia mempunyai prinsip yang sentiasa dipegang dan akan berbincang dengan pihak pengurusan sebelum membuat sesuatu keputusan.

MENARIK:  Ruhainies Kongsi Foto Selfie Di Makkah, Letak Kapsyen – ‘In Case You Need A New Wallpaper’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular