Wanita Diceraikan Lepas 5 Tahun Jaga Suami Sakit Mohon Maaf, Minta Henti Kecam Duda & Isteri Baru – ‘Jangan Stalk & Maki Mereka’

Shopee Sale


Kisah seorang wanita yang telah diceraikan selepas menjaga suaminya sakit selama lima tahun meraih perhatian ramai.

Lebih meruntun hati apabila wanita itu kemudian menzahirkan ucapan tahniah atas perkahwinan baharu bekas suaminya itu.

Tiada niat nak buka aib, sindir

Terbaharu, wanita terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas suaminya, isteri dan keluarga atas perkongsiannya yang didakwa telah mencetuskan kecaman kepada kedua-dua pihak.

Tambahnya lagi, tujuan dia memuat naik gambar perkahwinan bekas suami dan isteri adalah untuk menjawab pertanyaan orang ramai berhubung perkara tersebut.

Hantaran saya itu bukanlah bertujuan untuk membuka aib atau menyindir tetapi untuk mengelakkan fitnah sebab ramai yang bertanyakan kepada saya.

Saya juga telah mengetahui berkaitan perkahwinan itu pada bulan Julai dan kami bersetuju untuk berpisah secara baik dan sehingga kini tiada pergaduhan yang berlaku.

Dalam pada itu, wanita ini menjelaskan bahawa bekas suaminya itu telah menjalankan tanggungjawab kepada dirinya dan anak sepanjang perkahwinan malah selepas berpisah juga, lelaki itu tidak pernah culas membayar nafkah.

Saya mohon agar semua orang tidak lagi mengecam dan berikan kami meneruskan kehidupan masing-masing. Kami memilih jalan berdamai dan saya memohon maaf kepada mereka dan keluarga.

Saya juga harap netizen tidak lagi stalk media sosial mereka sebab sehingga kini ramai yang memaki, menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada mereka.

MENARIK:  [VIDEO] Netizen Terpegun Lihat Kecantikan Syasya Rizal Berbusana Pengantin – ‘Muka Dia Auto Berseri Bila Bertudung’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular