Wanita Didakwa Dilemaskan Kekasih Kerana Menolak Untuk Gugurkan Kandungan – Video Viral

Shopee Sale


Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki didakwa sengaja melemaskan kekasihnya hanya kerana wanita itu enggan menggugurkan kandungannya.

Wanita didakwa dilemaskan kekasih

Menerusi hantaran yang dikongsikan di aplikasi X, kejadian tersebut didakwa berlaku di sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor. Kelihatan lelaki terbabit bertindak ganas dengan menarik rambut wanita itu berkali-kali sebelum mencampakkannya ke dalam kolam.

Perkara ini berlaku semalam (kelmarin) apabila kawan saya mendengar jeritan di bahagian luar rumah. Diia keluar ke balkoni dan melihat seorang lelaki memukul seorang wanita berkali-kali dan cuba untuk melemaskannya.

Dia turun ke bawah dan cuba untuk meleraikan pergaduhan itu. Tidak lama kemudian, pengawal keselamatan tiba. Wanita itu memberitahu yang dia hamil dan enggan menggugurkan kandungan. Selepas itu, dia diserang.

Rakan saya juga memberitahu bahawa wanita itu mempertahankan lelaki tersebut selepas pengawal keselamatan muncul sambil berkata ‘leave them alone’.

Difahamkan, kejadian tersebut didakwa berlaku selama 20 hingga 30 minit sebelum kedatangan pengawal keselamatan. Namun, tidak dapat dipastikan kesahihan video tersebut dan sehingga kini, tiada pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai kejadian yang berlaku.

MENARIK:  Ara Johari ‘Stress’ Asyik Ditegur Semakin Kurus – ‘Nak Naikkan Berat Badan Susah’

Individu dakwa rakan jadi saksi kejadian

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular