Wanita Dihantui Rasa Bersalah, Gugur Anak Luar Nikah – ‘Ibu Minta Maaf Ya Nak’

Shopee Sale


kecewa

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita meluahkan rasa pilu apabila mengenangkan dosanya demi menutup aib.

Akibat terlanjur

bayi

Gambar sekadar hiasan

Menerusi perkongsian di platform X, wanita tersebut mengakui terpaksa bertindak sedemikian kerana terlanjur dengan teman lelaki, namun rasa rindu terhadap kandungannya masih dirasai sehingga kini.

Tahun lepas saya gugurkan kandungan sebab saya tak boleh simpan, luar nikah.

Pantang sendiri, hari keempat lepas gugur dah masuk pejabat. Buat kerja macam biasa sebab tak nak orang perasan.

Sampai hari ini saya rasa rindu dengan orang yang tak pernah saya jumpa (anak). Sedih.

Bercerita lanjut, wanita tersebut berkata dia seolah-olah telah menerima balasan setiap kali dia melihat bayi yang baru dilahirkan.

Dalam masa yang sama, dia turut membayangkan cahaya matanya itu jika bayi tersebut dilahirkan.

Awal tahun hari tu tuhan balas sedikit karma sebab saya kena jaga saudara dekat wad, dia kena jangkitan.

Dia dapatkan rawatan di hospital kerajaan dan di tempatkan dekat wad ibu bersalin, sebab fibroid di bawah jabatan sakit puan.

Hari-hari dengar bayi menangis, hari-hari tengok bayi baru lahir comel-comel.

Kalau bayi saya lahir sekarang ini dia dah dua bulan. Mesti tengah nangis minta susu, selepas itu tidur nyenyak tengah malam.

Menyesali khilafnya, wanita tersebut berharap agar Allah SWT mengampuni kesilapan yang telah dilakukan meskipun terpaksa menyimpan rahsia tersebut daripada orang terdekat.

Dari hari Arafah saya solat menangis-nangis, semoga tuhan ampunkan dosa besar saya ini. Tak ada siapa tahu kecuali saya dan teman lelaki. Saya tak boleh luahkan dekat orang terdekat.

Simpan rahsia ini senang, simpan rasa sesak dada, menyesal tapi tak boleh nak luah dekat sesiapa ini yang susah.

Saya cuma nak ketenangan hati je sekarang. Ibu minta maaf ya nak, ibu salah.

MENARIK:  Lelaki Mengganas Serang Penduduk Kampung Dengan Pedang, Siap Hisap Darah Seorang Mangsa Maut

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular