Seorang wanita menerima kecaman netizen apabila menganggap lelaki yang berasal dari Kelantan ‘red flag’.
‘Red flag’
Menerusi sebuah video temu bual di TikTok, seorang wanita memberitahu dia lebih memilih lelaki dari Johor berbanding Kelantan.
Kata wanita tersebut, kebanyakkan jejaka berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang mempunyai penampilan yang tidak menarik, berbau busuk dan mudah mengalami kejutan budaya.
Euw Kelantan, of course Johor. Suka orang Johor sebab dia ada kelas tersendiri. Lelaki Kelantan ini ‘red flag’.
Handsome macam mana pun tetap ‘red flag’ sebab punya penampilan yang busuk, kepam apa semua.
Kalau bab ‘culture shock’ pula, tengok la kalau diorang pergi KL macam mana. Minum pun nak post, pergi ini, pergi itu semua nak post. Terpaling ‘red flag’ la.
‘Culture shock’
Pada perkongsian sama, wanita itu juga berkata dia tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Kelantan kerana bukan dalam senarai pilihannya.
Tak pernah, not my level la. Macam Kelantan ini dia lebih kepada macam ‘culture shock’. Kalau pergi KL, terpaling la orang kata.
Dalam pada itu, wanita itu mendedahkan dia hanya memilih lelaki yang berduit dan mampu menanggung perbelanjaannya sekitar RM15,000 hingga RM20,000 sebulan.
My level is yang berduit, yang penting yang wangi, tak kepam. Yang boleh memenuhi apa yang saya nak. Macam saya nak belanja, shopping semua la.
Untuk buat saya gembira dalam RM15,000 hingga RM20,000 sebulan.
Seperti dijangka, jawapan yang diberikan wanita berkenaan telah mengundang rasa kurang senang pengguna media sosial.
Rata-rata netizen yang singgah ke ruangan komen mengecam dan menyelar kenyataan wanita terbabit.