Wanita Terdesak Bunuh & Membaik Busuk Bayi Dalam Sungai Kerana Anak Tidak Boleh Merangkak

Shopee Sale


Seorang wanita ditahan selepas dia tergamak membunuh dan membuang bayinya yang baru berusia sembilan bulan ke dalam Sungai Molong di Dudun Emang, Indonesia.

Mengalami tekanan

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Tribun News, suspek yang berusia 21 tahun itu pernah mengalami tekanan apabila sering disuruh masak oleh ibunya.

Disebabkan itu, berlaku pertengkaran antara mereka dan suspek kemudian keluar dari rumah menunggang motosikal bersama anaknya ke Sungai Molong.

Bukan itu sahaja, suspek juga tertekan akibat sering diejek oleh jirannya kerana perkembangan anaknya yang lambat dan tidak boleh merangkak seperti kanak-kanak lain.

Saksi kejadian yang melihat suspek membuang anaknya ke dalam sungai segera menghubungi pihak polis.

Mangsa ditemui mati dan terapung 40 meter dari tempat pembuangan sampah.

Berdasarkan hasil bedah siasat, terdapat kesan luka di bahagian kiri leher dan pergelangan tangan mangsa. Suspek disyaki mengelar leher dan tangan mangsa menggunakan pisau.

MENARIK:  Lelaki digigit jari polis trafik kerana ditahan kerana tidak memakai helmet

Walau bagaimanapun, suspek masih menjalani pemeriksaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sumbawa.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular