Wanita Terkejut ‘Personal Shopper’ Beri Respon Sombong Ketika Tanya Harga Beg Tangan – ‘Silap-Silap You Tak Beli Pun’

Shopee Sale


Seorang wanita meraih perhatian apabila berkongsi pengalamannya sewaktu mahu mendapatkan khidmat seorang ‘personal shopper’ (PS) menerusi ciapan di aplikasi X.

PS beri respon sombong

Menerusi ciapan tersebut, wanita yang dikenali sebagai Emira Rahman itu berkongsi tangkap layar perbualannya yang bertanyakan harga sebuah beg tangan daripada seorang PS wanita.

Emira turut turut memaklumkan bahawa tata cara yang ditetapkan PS wanita tersebut agak rumit kerana dirinya perlu bertanyakan harga bagi setiap barang yang diminatinya.

Namun begitu, Emira ternyata terkejut dengan PS tersebut yang begitu sombong ketika menjawab pertanyaannya.

Kalau rasa susah, tak perlu beli pun takpe. Memang saya tak letak harga.

Semua customer nak beli memang akan tanya harga dulu.

Tidak berdiam diri, Emira menegur PS tersebut sekali lagi dan menasihatinya untuk meletakkan harga bagi memudahkan proses jual beli bersama pelanggan.

Mungkin berang dengan tindakan Emira yang menegurnya, PS tersebut dilihat tidak dapat menerima teguran tersebut sambil memaklumkan kebanyakan orang hanya bertanyakan harga kepadanya namun tidak membeli kerana hanya mahu ‘survey’ produk.

Hantaran tersebut menjadi tular dan menuai komen kecaman daripada wargamaya media sosial.

MENARIK:  ‘Berhenti Rasa Risau, Berdoa Pada Allah’ – Ibu Aliff Aziz

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyuarakan ketidakpuasan hati mereka membaca perbualan tersebut dan menasihatkan Emira untuk berurusan dengan PS lain yang lebih berbudi bahasa.

Komen netizen

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular