Wany Hasrita Anggap Individu Kutuk Wajah Anak Selebriti Tidak Sihat Daripada Segi Mental

Shopee Sale


Pelantun suara ‘Menahan Rindu’ iaitu Wany Hasrita menyifatkan individu yang tergamak menghina wajah anak selebriti memiliki masalah kesihatan.

Jujur saya takut

Menerusi temu bual bersama Wany memberitahu, setakat ini anak perempuannya, Aishah Al Iman tidak menjadi sasaran netizen walaupun dia kerap memuat naik posting mengenai anaknya itu.

Walaupun tidak menjadi sasaran, Wany berkata, perasaan takut itu sudah pastinya ada.

Jujurnya saya takut, lebih-lebih lagi saya ada kongsikan wajah anak dalam muzik video saya di YouTube sebelum ini.

Tapi keputusan itu dibuat dengan niat baik iaitu sekadar nak kongsi kegembiraan kepada semua, cumanya jangan berlebihan.

Fasal orang luar (kutuk) saya tak boleh nak kawal apa mereka nak komen atau mesej tetapi kita sendiri kena kawal perkongsian dan kawal diri kalau dapat mesej sebegitu.

Kita hanya anggap mereka tidak sihat daripada segi mental. Kalau ikut hati memang geram sebab saya sendiri pun pernah dihina apabila disamakan seperti ‘khinzir’ tapi itulah lumrah apabila menjadi tontonan umum.

Tambah Wany, dia mengambil pendekatan untuk mengawal setiap kandungan berkaitan anak yang ingin dikongsikan kepada umum.

Saya memang kawal daripada dulu. Kalau rasa sudah terlalu banyak saya akan berhenti berkongsi sekejap.

Lagipun penyakit ‘ain ini memang ada. Kadangkala apabila terlalu banyak berkongsi, tiba-tiba anak mula meragam. Jadi langkah terbaik adalah jangan keterlaluan apabila nak muat naik mengenai anak.

Wany yang ditemui pada majlis sambutan ulang tahun TV3 yang ke-40 di Muzium Telekom, Sabtu lalu, berharap netizen berfikir dahulu perasaan orang lain sebelum meninggalkan apa jua komen di media sosial.

MENARIK:  Misya Mazlan Didakwa Hamil, Aslam Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga?

Terdahulu, penyanyi Ernie Zakri mengambil pendekatan untuk mula kurangkan berkongsi mengenai anaknya, Nur Khawla Soleha dalam media sosial susulan terdapat komen kurang baik yang ditinggalkan netizen.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular