Watie Hanifiah Dedah Anak Sulung Shuib Menghadapi Kesukaran Dalam Hubungan – ‘Uwais Ni Ada Rasa Ketakutan..’

Shopee Sale


watie uwais

Usahawan dan isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi momen ketika mereka menyatakan hasrat untuk berumah tangga kepada anak-anak.

Risau sikap Watie berubah

watie uwais

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata dia tidak akan bersetuju untuk meneruskan perkahwinan bersama Shuib jika anak-anak pelawak itu tidak memberikan kebenaran.

Masa mula-mula kenal, saya beritahu dia selagi anak-anak tak bagi kita kahwin saya takkan kahwin dengan dia. Sebab anak-anak itu penting, saya bukan hidup berdua sahaja dengan dia.

Contohlah, kalau dia sahaja yang nak dekat saya tapi anak-anak tak..saya tahu saya tak akan hidup bahagia sebab kami akan duduk satu rumah.

Menurut Watie, anak sulung Shuib iaitu Uwais Alqarni sukar untuk memberi restu kepada mereka kerana risau sikap Watie akan berubah selepas berkahwin.

Ayah dia dah nampak dia sayang dan suka saya tapi bila ayah dia tanya dia kata, ‘tak boleh lagi, nanti dulu belum masanya.’

Talita, Mateen okay dan bagi kebenaran tapi Uwais masih tak boleh.

Uwais ni ada ketakutan, mungkin persekitaran dia atau pun dia tengok drama..mindset dia bila dah kahwin saya nanti akan jadi mak tiri yang jahat.

Bagaimanapun, usahawan berusia 35 tahun ini ikhlas menyayangi anak-anak tirinya dan berjaya mengubah persepsi mereka terhadapnya.

Masa hari perkahwinan dia cakap,’aunty nanti kalau dah kahwin jangan berlagak pula dekat atas pelamin tu’.  Sebab mindset dia bila saya dah kahwin dengan ayah dia, saya takkan baik dengan dia.

Bila sudah berkahwin, saya tunjukkan kepada mereka yang mindset macam tu sebenarnya salah.

Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.

MENARIK:  Bekas Peserta Mentor Musim Pertama, Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia

Terdahulu, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata. Namun Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan Covid-19.

" data-video-id="7335406069365230866" data-embed-from="oembed" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
@ayu_kekasih..themelvin

Replying to @mommydila157 done. #fyp #watiehanifiah #watieshuib #shuibwatie #shuibsepahtu #fyp? #shuib

? original sound – Kekasih Rahayu Agent Selangor – Kekasih Rahayu Agent Selangor

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular