Watie Hanifiah Teruja Sambut Lebaran Kali Pertama Sebagai Isteri & Ibu – ‘Paling Saya Excited Adalah Salam Di Pagi Raya’

Shopee Sale


watie

Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah meluahkan rasa teruja dan gembira apabila pertama kali dapat meraikan hari raya sebagai suri rumah tangga pada tahun ini.

Himpun ahli keluarga

watie

Ketika ditemui , Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata dia menyerahkan pemilihan tema warna baju raya kepada anak-anaknya.

Sempena aidilfitri kali ini juga Watie merancang untuk menghimpunkan seluruh ahli keluarganya di Ipoh, Perak.

Paling saya excited adalah bersalaman di pagi raya.

Saya rancang nanti di Ipoh, saudara mara datang kumpul di homestay supaya anak-anak dapat rasa keluarga yang besar. Saya nak hari raya anak-anak meriah.

Yang ini sebelah bapa, ada dalam 100 lebih ahli keluarga.

Watie berkata demikian dalam sebuah majlis bersama Indigital Music x FYP Media yang berlangsung di St. Giles Boulevard Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Watie berkata dia dan Shuib tidak merancang soal zuriat tetapi menyerahkan perkara tersebut kepada ketentuan Allah SWT.

Tak ada apa-apa perancangan tapi ada berborak dengan Dekta tentang nama anak. Dia nak saya yang beri nama kalau dia ada adik nanti. Insya-Allah kalau ada rezeki Alhamdulillah, tak ada bersyukur sahaja.

Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.

MENARIK:  Nikmati Percuma Ansuran Lebih RM5 Juta & Menang Hadiah Bernilai Lebih RM100 Ribu! Wah, Raya Sakan!

Terdahulu, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata. Namun Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan Covid-19.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular