Wawa Zainal Syukur Tak Bersalin Ketika Jalani Penggambaran Filem Abnormal Buas – ‘Kalau Terberanak Pun Saya Okay Je’

Shopee Sale


Wawa Zainal

Pelakon Wawa Zainal mendedahkan dirinya sedang sarat hamil dan menunggu hari untuk bersalin ketika menjalani penggambaran filem Abnormal Buas pada tahun 2022.

Sarat hamil

Wawa Zainal

Bagaimanapun, kata pemilik nama lengkap Nur Hawa Zainal Abidin, 32, dia bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan yang berlaku sepanjang tempoh penggambaran.

Saya merasakan saya seorang wanita yang kuat. Kalau tolak watak itu nanti suami saya kata lemah pula. Saya rasa mampu untuk buat perkara itu.

Sekiranya berlaku sebarang perkara atau risiko, saya juga sudah bersedia untuk itu. Jika saya terberanak di lokasi penggambaran sekali pun, saya okay sahaja.

Alhamdulillah, memang tiada kecederaan langsung yang berlaku. Allah izinkan segalanya berjalan dengan lancar, tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Saya ada berbincang dengan Aeril kalau terberanak waktu shooting, mungkin saya akan rehat beberapa hari kemudian sambung semula. Perut saya akan letak bantal, sebab nak kekalkan watak sedang hamil itu.

Wawa berkata demikian ketika ditemui pada majlis malam gala filem Abnormal Buas yang berlangsung di GSC, Midvalley Mall, baru-baru ini.

Sementara itu, suami Wawa iaitu Aeril Zafrel yang turut bertindak selaku penerbit berkata, pihaknya ada melamar beberapa artis lain untuk membawakan watak bernama Hani yang dilakonkan Wawa, namun lamaran itu tidak disambut.

Pihak kami ada lamar beberapa artis untuk watak itu, tetapi lamaran tersebut tidak disambut. Mungkin disebabkan jadual kerja yang padat atau sebagainya.

Filem Abnormal Buas bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 20 Jun ini yang mengisahkan manusia bersifat ‘kebinatangan’ seolah-olah terlepas dari belenggu kemanusiaan.

MENARIK:  Bekas Suami Nafi Orang Ketiga Punca Bercerai, Dakwa Irma Sudah Diberitahu Mengenai Perkahwinan Baru

Filem bergenre ‘thriller’ ini turut menyelitkan elemen fiksyen yang menambah lagi rasa kagum dan takjub penonton, membawa ke alam realiti yang luar biasa.

Selain Wawa, filem Abnormal Buas turun dibintangi Aeril Zafrel, Johan As’ari, Kodi Rasheed, Adlin Aman Ramli, Ahmad Yatim, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali, Saheizy Sam, Nabila Huda, Emelda Rosmila dan Hayla (anak kepada Aeril dan Wawa).

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular