Women of Will Provides Platform to Empower Women in B40 Community for Success in Economy

Shopee Sale


 

Menyaksikan sendiri kesulitan hidup yang dialami oleh rakyat, badan bukan kerajaan Women Of Will (WOW) telah mengambil inisiatif memberikan bimbingan dan bantuan kewangan bagi para wanita yang mahu meningkatkan taraf ekonomi keluarga mereka

Melalui model bantuan modal perniagaan yang digabungkan bersama Program Pembangunan Keusahawanan, WOW ingin melengkapkan golongan wanita dengan kemahiran dan pengetahuan untuk membangun dan menjalankan perniagaan yang mampan.

Program Pembangunan Keusahawanan WOW kembangkan potensi & kebolehan wanita!

Melalui Program Pembangunan Keusahawanan, wanita akan diberikan latihan dan pendedahan mengenai cara yang betul menguruskan dan memasarkan perniagaan mereka. Ini termasuklah bantuan kewangan.

Bukan itu sahaja, khidmat business coaching dan marketing pun WOW sediakan bersama rakan kongsi mereka dengan harapan peserta-peserta program akan lebih celik dalam menguruskan perniagaan dan kewangan perniagaan yang mereka jalankan.

Semua ni WOW buat secara PERCUMA! Hebatkan WOW?

Banyak lagi program lain WOW anjurkan!

Tidak terhad kepada Program Pembangunan Keusahawanan, WOW juga turut memperkasakan komuniti mereka dengan memberikan pendidikan tentang pemakanan, senaman fizikal, kesejahteraan mental dan pemeriksaan kesihatan serta pencegahan penyakit seperti kanser, diabetes dan pelbagai lagi.

Semua ini mereka lakukan dengan kerjasama rakan kongsi sosial mereka bagi membantu komuniti wanita terutamanya golongan ibu tunggal, balu, wanita yang ditinggalkan atau didera, dan wanita dengan suami yang tidak mampu bekerja(sakit/hilang keupayaan) untuk memperbaiki taraf ekonomi, mental dan fizikal peserta mereka.

Dah banyak PPR yang bekerjasama dengan WOW!

Kalau korang nak tahu, sebenarnya dah banyak Program Perumahan Rakyat (PPR) sertai program WOW antaranya PPR Lembah Subang, PPR Batu Muda, PPR Taman Wahyu II, PPR Raya Permai, Flat Taman Medan Cahaya dan banyak lagi. Dekat Kedah dan Sabah pun ada!

MENARIK:  [VIDEO] Rozie Othman Syukur Doa Di Tanah Suci Termakbul – ‘Dulu Selalu Pesan Tak Nak Syasya Pakai Menjolok Mata’

Kalau tak percaya, korang boleh layari website Women Of Will.

Dekat situ ada banyak gila info mengenai Program Pembangunan Keusahawanan yang mereka jalankan.

Jom jadi sebahagian daripada komuniti WOW!

So, bagi korang yang ada pengetahuan dan kemahiran why not korang jadi sebahagian daripada komuniti WOW dengan mendaftar sebagai sukarelawan mereka.

Mereka amat mengalu-alukan sumbangan tenaga, pengetahuan dan kemahiran yang ada.

Bagi yang berminat nak jadi funder untuk Program Pembangunan Keusahawanan, korang boleh hubungi WOW melalui website mereka.

Jom sama-sama kita bantu memperkasakan lagi komuniti wanita yang kurang bernasib baik diluar sana!

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular