Wulan Guritno Menolak Rawatan Kecantikan, Lebih Memilih Gaya Hidup Sihat – ‘Sudah Dua Tahun Saya Kurangkan Gula’

Shopee Sale


Pelakon jelita Indonesia, Wulan Guritno mendedahkan dirinya tidak berani untuk membuat rawatan di mana-mana pusat rawatan kecantikan hanya semata untuk mengekalkan kecantikan wajahnya di kala sudah menjangkau usia 42 tahun.

Dua tahun ‘cut sugar’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sri Wulandari Guritno ???? (@wulanguritno)

Ketika ditemui , Wulan atau nama sebenarnya Wulan Lorraine Guritno berkata, dia risau wajahnya akan mengalami perubahan yang sangat ketara sekiranya rawatan kecantikan itu dilakukan.

Sebenarnya pada usia saya menjangkau 35 tahun, saya rasakan berlaku perubahan pada wajah saya. Tipulah kalau wajah kita ini tiada perubahan.

Tetapi saya sejenis orang yang tidak berani untuk buat rawatan kecantikan seperti letak ‘filler’ dan tanam benang di bahagian muka sebab saya takut ia akan menyebabkan perubahan yang ketara di bahagian muka saya.

Jadi saya hanya memilih untuk mengamalkan gaya hidup sihat berbanding membuat rawatan kecantikan.

Tambah Wulan, dia juga tidak berani untuk melakukan pembedahan kosmetik namun tidak menolak untuk melakukannya untuk mengekalkan kejelitaan di masa akan datang.

Saya tak berani untuk buat pembedahan kosmetik tapi itu tidak menutup segala kemungkinan untuk saya lakukannya satu hari nanti.

Siapa tahu satu hari nanti bila saya dah berumur dan saya perlu untuk melakukan pembedahan kosmetik, mungkin waktu itu saya akan lakukan.

Wulan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media filem ‘Trinil: Kembalikan Tubuhku’ yang diadakan di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Ketika ditanya mengenai ‘tips’ kecantikan, pelakon yang lahir di London, England itu memaklumkan bahawa dia hanya menjaga pemakanannya serta sering bersenam bagi mendapatkan tubuh badan yang ideal.

Boleh dikatakan hampir setiap hari saya akan bersenam dan hanya berehat sekali sahaja dalam seminggu. Selain itu, saya juga akan pastikan tidur saya cukup dan berkualiti.

Saya juga ada buat sedikit ‘research’ yang mengatakan bahawa gula itu membuatkan kita menua lebih cepat dari waktunya. Bukan sahaja menua di bahagian luaran malah ia juga membuatkan organ dalam kita menua dengan cepat.

Jadi boleh saya katakan sudah hampir dua tahun saya mengurangkan pengambilan gula dalam pemakanan.

Saya juga mengamalkan pengambilan jus campuran kunyit, lemon dan juga madu setiap pagi sebelum saya bersenam.

Sekadar info, Wulan memegang watak sebagai Ayu yang merupakan entiti jahat yang sentiasa mengganggu Sutan dan Rara selepas mereka pulang daripa berbulan madu.

MENARIK:  Kepadamu Kekasih Simfoni Ramadan, Satukan Hattan & Jamal Abdillah

Selain Wulan, filem Trinil: Kembalikan Tubuhku ini turut dibintangi Carmela van der Kruk, Rangga Nattra, Fattah Amin, Shalom Razade dan ramai lagi.

Filem yang mendapat sentuhan pengarah Hanung Bramantyo ini bakal ditayangkan di pawagam berdekatan anda bermula hari ini.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular