Wulan Guritno Tolak Jadi ‘Cable’, Dorong Shalom Razade Untuk Mengejar Impian Sendiri – ‘Saya Ingin Dia Mandiri dalam Mendapatkan Pekerjaan’

Shopee Sale


Pelakon jelita Indonesia, Wulan Guritno mendedahkan dirinya tidak mahu menjadi ‘cable’ atau orang tengah terhadap karier lakonan anaknya, Shalom Razade.

‘Saya nak dia berdikari’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sri Wulandari Guritno ???? (@wulanguritno)

Ketika ditemui , Wulan atau nama sebenarnya Wulan Lorraine Guritno berkata dia sering menasihati Shalom agar sentiasa serius dan memberikan yang terbaik sekiranya mahu menjadi pelakon yang hebat.

Saya mulakan karier lakonan saya agak awal di kala saya baru saja berusia 13 tahun.

Jadi saya selalu pesan pada Shalom bahawa dia perlu serius sekiranya benar ingin menjadi seorang pelakon. Dia juga perlu sentiasa bertanggungjawab dan sentiasa berdikari di dalam bidang ini.

Jangan sesekali ada mengaitkan nama ‘Wulan Guritno’ untuk melebarkan popularitinya di dalam industri lakonan Indonesia.

Wulan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media filem ‘Trinil: Kembalikan Tubuhku’ yang diadakan di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Dalam pada itu, pelakon berusia 42 tahun itu memaklumkan bahawa dia juga tidak pernah membantu mendapatkan tawaran lakonan buat Shalom.

Ini kerana, dia mahu memastikan anaknya itu berdikari dan berdiri di atas kakinya sendiri dalam mencari tawaran berlakon.

Sejujurnya saya tidak pernah membantu untuk mendapatkan sebarang tawaran berlakon untuk mana-mana karya buat Shalom.

Tapi kita kan ibu, kadang-kadang bila dapat tawaran berlakon untuk watak yang saya pernah lakonkan sebelum ini, saya akan cuba juga untuk tawarkan watak itu kepadanya.

Cuma, Shalom juga mungkin tidak mahu mendapatkan sesuatu tawaran atas dasar dirinya merupakan anak kepada ‘Wulan Guritno’.

Sekadar info, Wulan memegang watak sebagai Ayu yang merupakan entiti jahat yang sentiasa mengganggu Sutan dan Rara selepas mereka pulang daripa berbulan madu.

MENARIK:  Polis Tahan Guru Kasari Isteri Secara Seksual

Untuk makluman, Wulan turut bergandingan bersama anaknya, Shalom buat kali pertama menerusi filem ini.

Selain Wulan dan Shalom, filem Trinil: Kembalikan Tubuhku ini turut dibintangi Carmela van der Kruk, Rangga Nattra, Fattah Amin dan ramai lagi.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular