Xikers Bakal Adakan Konsert Pertama Di Malaysia Sempena Jelajah ‘Tricky House: First Encounter’

Shopee Sale


Kumpulan K-pop yang sedang melonjak naik, Xikers, di bawah naungan KQ Entertainment, bakal mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia sempena siri jelajah konsert pertama mereka di Asia.

Konsert yang diberi nama 2025 Xikers World Tour Tricky House: First Encounter In Kuala Lumpur ini dijadualkan berlangsung pada 19 Januari 2025 (Ahad), jam 5.00 petang di JioSpace.

Curi perhatian seluruh dunia

Sejak penampilan sulung mereka pada 30 Mac 2023, xikers telah mencuri perhatian seluruh dunia. Dengan rilisan EP pertama mereka, HOUSE OF TRICKY: Doorbell Ringing, kumpulan ini terus mengukir nama dan diiktiraf sebagai “monster rookies” dalam industri K-pop. EP tersebut berjaya menduduki No. 1 di carta Billboard Emerging Artists, No. 4di Billboard World Albums, dan No. 75 di Billboard 200, membuktikan potensi besar mereka.

Tidak hanya itu, EP kedua mereka, HOUSE OF TRICKY: HOW TO PLAY, turut mencatatkan kejayaan luar biasa apabila jualan album minggu pertama meningkat hampir dua kali ganda. Kejayaan ini diikuti dengan jelajah dunia pertama mereka, TRICKY HOUSE: FIRST ENCOUNTER, yang turut berlangsung di Amerika Syarikat, menambah kukuh kedudukan mereka sebagai bintang K-pop global.

Kini, selepas jelajah mereka di Australia, xikers bakal membawa persembahan penuh tenaga dan dinamik ke Bangkok, Kuala Lumpur, Macau, dan Jakarta, membawakan lagu-lagu hit mereka, serta terus meraih perhatian dalam arena K-pop global.

Pelan tempat duduk

Bagi para road? (peminat xikers), inilah peluang anda untuk menyaksikan penampilan pertama kumpulan ini di Malaysia. Tiket untuk konsert akan mula dijual pada 26 Disember 2024, pukul 11.00 pagi, melalui pautan dengan harga RM696 (SVIP), RM596 (VIP), dan RM296 (GA).

MENARIK:  [VIDEO] Individu Dakwa Rozita Ibrahim Guna Ilmu Hitam Untuk Kekal Cantik? – ‘Muka Modified, Pentaksub Dia Jangan Percaya’

Selain itu, peminat yang membeli tiket berpeluang memenangi pelbagai Faedah Peminat (Fan Benefits) termasuk Prioriti Masuk, Foto Berkumpulan, Akses Raptai (Soundcheck), Sesi Hi-Touch, Hadiah Eksklusif seperti lanyard, set poskad, poster bertandatangan, serta Polaroid Bertandatangan!

Faedah buat peminat

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kehebatan xikers di Kuala Lumpur!

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular