Yaana Lee Ucap Terima Kasih, Suami Padam Akaun IG Selepas Kantoi ‘Follow’ Wanita Seksi

Shopee Sale


Sebelum ini, pempengaruh dan usahawan yang dikenali sebagai Yaana Lee membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa suaminya, Muhammad Hafiz menggunakan platform Instagram (IG) untuk mengikuti akaun dan melihat foto serta video wanita seksi.

Padam akaun IG depan Yaana

 

Terbaharu, Yaana tampil mengucapkan terima kasih buat suaminya itu selepas memadam akaun IG yang didakwa mengikuti perempuan seksi menerusi hantaran di IG Story.

Menerusi hantaran tersebut, difahamkan Hafiz memadam akaun IG tersebut di hadapan Yaana sebagai bukti dirinya akan berubah dan tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut.

Dapat dilihat, akaun yang mempunyai ratusan ribu pengikut itu telah dipadam secara kekal dan tidak dapat dilihat lagi di aplikasi IG.

Terdahulu, Yaana telah memuat naik beberapa pendedahan di IG Story mendakwa suaminya banyak mengikuti serta mengetik tanda suka terhadap akaun-akaun IG milik wanita seksi.

Jelasnya, perkara tersebut sudah lama berlaku sehinggakan mereka bertengkar melalui isu ini ketika sedang mengerjakan umrah baru-baru ini.

MENARIK:  Syatilla Melvin Berkongsi Momen Lucu Anak Cucuk Belakang Salama dengan Pensil Baru

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular