Yana Samsudin Anggap Tuduhan Suami Ditangkap Kerana D*dah Adalah Dugaan – ‘Telefon Bimbit Ketika Itu Tak Henti Berbunyi’

Shopee Sale


Baru-baru ini, nama suami pelakon Yana Samsudin iaitu Fadzil Zahari terpalit dengan tuduhan ditahan pihak berkuasa kerana disyaki memiliki dadah.

Terbaru, berjaya menemu bual Yana dan bertanya mengenai reaksinya susulan tuduhan tersebut.

Ujian ketika menunaikan umrah

Menurut Yana, ketika isu tersebut berlaku, mereka sekeluarga sedang berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah. Tambah Yana, apa yang berlaku pada waktu itu dianggap sebagai ujian. Sebagai individu yang tidak tahu cerita sebenar, Yana pada mulanya terkejut dengan tuduhan tersebut sehingga tertanya-tanya kenapa nama suaminya dipetik dalam kes sedemikian.

Saya anggap tuduhan ini sebagai satu dugaan untuk kami sekeluarga yang sedang menunaikan ibadah umrah pada Disember lalu. Bagi saya, apabila kita sedang melakukan satu kebaikan, Allah beri satu dugaan dan ingin melihat bagaimana kami tangani ujian itu.

Nak dijadikan cerita memang waktu itu kebetulan mata suami saya memang merah sebab alergik dengan cuaca sejuk pada waktu itu.

Yana yang ditemui selepas majlis tayangan perdana filem Sahak Gangster, semalam, turut menceritakan semula detik itu. Jelas Yana, telefon bimbitnya tidak berhenti berbunyi namun mereka tetap fokus dengan ibadah.

Sebenarnya saya sekeluarga dijemput oleh kedutaan Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah dan  ziarah beberapa tempat menarik. Ketika kami tiba di Makkah pada jam 3 pagi dan sedang mengerjakan umrah, telefon bimbit kami tak berhenti berbunyi.

Apabila sampai saja di hotel, suami baru sempat baca mesej dan maklumkan sudah ramai pihak membuat spekulasi mengenai dirinya berhubung penangkapan itu. Saya pun terus cakap kepada dia, abaikan saja perkara itu dan tinggalkan (segala hal) di Malaysia. Itu saja ayat yang keluar daripada mulut saya.

Cuma saya terkejut individu yang kena (tahan) itu. Harap beri pengajaran kepada semua orang dan dipermudahkan segala urusan.

MENARIK:  Aiman Hakim Ridza Tolak Tawaran Berlakon Enam Bulan dan Memilih Menjadi 'Kontraktor' untuk Menaik Taraf Rumah Baru – 'Keluarga Adalah Keutamaan Saya'

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular