Yusof Haslam Jawab Dakwaan Ira Kazar Sudah Bersalin? – ‘Kalau Betul Pun Saya Tak Boleh Komen, Nanti Jadi Lain’

Shopee Sale


Datuk Yusof Haslam

Pengarah dan penerbit popular, Datuk Yusof Haslam enggan memberikan sebarang komen berhubung dakwaan yang mengatakan menantunya iaitu Ira Kazar sudah melahirkan cahaya mata sulung.

‘Saya tidak tahu’

Datuk Yusof Haslam

Ketika ditemui , Yusof atau nama lengkapnya Mohd Yusof Md. Haslam Khan, 70, berkata dia dan isteri tidak tahu menahu mengenai dakwaan tersebut memandangkan mereka juga sudah lama tidak berhubung dengan anaknya, Syamsul Yusof.

Saya tidak tahu hal itu, jadi jangan tanya fasal ini (terima cucu baru). Lagi pula, saya dan isteri sudah tidak berhubung dengan Syamsul, sangat lama.

Jadi saya tidak mahu komen apa-apa, sebab langsung tidak tahu. Kalau saya cakap mengenai perkara yang saya tidak tahu, nanti lain pula jadinya.

Kalau betul sekali pun (dakwaan), saya tetap tak boleh komen sebab itu di luar pengetahuan saya.

Yusof berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem berjudul Ngesot yang berlangsung di mmCineplexes, Berjaya Time Square, pada Selasa.

Dalam pada itu, Yusof berkata dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Syamsul walau di mana anaknya itu berada.

Saya pertama kali dengar mengenai dakwaan ini. Saya sebagai bapa kepada Syamsul sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia.

Terdahulu, timbul desas desus dakwaan mengatakan isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sudah melahirkan zuriat.

MENARIK:  [VIDEO] Aliff Aziz Nyanyikan Lagu 'Hakikat Sebuah Cinta', Ruhainies Viralkan Di IG Story

Bagaimanapun, usia bayi mereka masih tidak diketahui memandangkan tiada sebarang pengesahan dibuat daripada mana-mana pihak mengenai dakwaan tersebut.

Imbas kembali, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Syamsul juga pernah berkahwin dengan pelakon, Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014, namun bercerai pada 14 Jun 2023..

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 7, dan Summayah, 5.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular