Zahirah Macwilson Selamat Bersalin Anak Perempuan, Beri Nama Inara Raisa

Shopee Sale


Pelakon Zahirah Macwilson memberitahu dia selamat bersalin cahaya mata kedua, pada 31 Mei yang lalu. Tahniah!

Timang anak perempuan

Berita yang dikongsikan di Instagram itu ternyata mencuri tumpuan netizen. Menurut Zahirah, bayi perempuan yang diberi nama Inara Raisa itu selamat dilahirkan pada pukul 8.58 malam.

Alhamdullilah. we became a family of 4 .

Tambah isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza ini lagi, dia bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang tidak henti menghantar kiriman doa kepadanya.

Terima kasih buat semua yang mendoakan dan ucap tahniah buat kami. Kami sangat bersyukur. Semoga Allah melindungi dan melimpahkan segala rahmat buat kamu Inara.

Terdahulu, Aiman turut memohon doa agar urusan isterinya untuk bersalin dipermudahkan. Difahamkan, Zahirah sudah memulakan proses induksi untuk membolehkan kontraksi rahim terjadi sebelum kelahiran bayi.

Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Isaac Raees yang kini berusia 3 tahun.

MENARIK:  Tajuk: Mizz Nina Memiliki Hak Untuk Menentukan Hak Lawatan Musa Pada Noh, Peguam Menerangkan Alasan Mengapa Kes Ditarik

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular