Zahnita Dakwa Suami Beri Syarat Tarik Laporan Kes Pukul Jika Mahu Bercerai – ‘Dia Cuba Tunjukkan Dia Tak Bersalah’

Shopee Sale


Pelakon Zahnita berasa terkejut dengan kenyataan suaminya, Abdul Zackery Ghouse yang mendakwa dirinya merupakan mangsa sebenar keganasan rumah tangga.

Syarat untuk dilepaskan

Memetik laporan Gempak, Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson mendakwa dakwaan yang dibuat suaminya itu adalah kerana dirinya enggan menarik semula laporan yang dibuat terhadap Zackery.

Perkara ini berlaku disebabkan saya tidak menarik balik kes terhadap dia.

Semalam telah berlangsungnya kes mahkamah. Di hadapan hakim, dia memberitahu saya antara salah satu syarat untuk dia lafazkan cerai terhadap saya adalah untuk saya tarik balik laporan kes.

Apa yang dia cuba lakukan sekarang adalah salah satu kempen dia untuk menunjukkan diri dia tidak bersalah.

Akan teruskan kes

Dalam pada itu, pelakon filem ‘Kuliah Cinta’ menegaskan bahawa dia tetap akan berjuang bagi menegakkan haknya sebagai seorang wanita.

Tapi saya tak sangka sebenarnya dia boleh berkata demikian. Nak ke orang tahu tentang hal ni?

Kalau dia nak buat macam ni, okay saya akan teruskan dengan kes ini.

Terdahulu, suami Zahnita mendakwa dirinya merupakan mangsa sebenar keganasan rumah tangga.

Bukan itu sahaja, Zackery mendakwa tuduhan dia bersikap kasar dan memukul Zahnita sama sekali tidak benar sebaliknya dia bertindak mempertahankan diri daripada perlakuan ganas isterinya itu.

MENARIK:  Didie Alias Nafi Cemburu Anna Jobling Jadi Juri Program Lawak – ‘Apa Guna Ramai Pelakon Komedi Wanita Seperti Rosnah Mat Aris?’

Tambah Zackery, sepanjang 20 tahun hidup bersama, dia terpaksa bertahan dengan sikap Zahnita yang sentiasa minta untuk diceraikan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular