Zalif Sidek Nafi Masalah Disiplin Punca Nama Digugurkan Dari Dua Teater – ‘Kalau Dah Terima Tawaran, Saya Akan Buat Betul-Betul’

Shopee Sale


Pelakon dan pengacara Zalif Sidek menafikan dakwaan mempunyai masalah disiplin punca dirinya digugurkan dari dua teater Cinta Ahmad Mutawakkil (CAM) dan teater Dang Anum (The Untold Story) (DATUS) yang bakal dipentaskan tidak lama lagi.

‘Perkataan disiplin tak ada dalam kamus saya’

Ketika ditemui di sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL, Zalif atau nama sebenarnya Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek berkata, pengguguran itu berlaku disebabkan dia tidak dapat memberi sepenuh komitmen kerana sibuk dengan urusan keluarga.

Perkataan disiplin itu tak ada dalam kamus Zalif Sidek. Saya ni kalau dah terima satu tawaran saya akan beri sepenuh komitmen, saya buat kerja betul-betul.

Masa pengarah, Amirul Haswendy Ashari telefon saya tawarkan projek ni selepas isteri saya bersalin dan saya terima sebab masa tu jadual saya kosong. Tapi tiba-tiba anak kedua yang baru dilahirkan ada masalah kesihatan.

Jelas pelakon berusia 39 tahun ini lagi, disebabkan kekangan itu juga dia juga tidak dapat hadir ke latihan dan kelas teater tersebut.

Jadi saya tak dapat nak datang latihan atau kelas teater secara konsisten. Saya rasa serba salah kalau tak datang, kasihan pelakon lain beri komitmen sepenuhnya datang latihan tetapi saya tidak.

Kalau saya teruskan teater, saya kena ulang alik dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Sebab isteri saya berpantang dekat kampung di Kuantan.

Tambah Zalif lagi, dia dan pengarah teater iaitu Amirul Haswendy Ashari juga telah berbincang terlebih dahulu sebelum keputusan pengguguran nama itu dilakukan.

Sebab itu lah, saya berbincang dengan pengarah macam mana nak selesaikan masalah ini supaya dapat memudahkan urusan kedua-dua pihak.

Jadi kami ambil kata putus, untuk menggugurkan nama saya dari kedua-dua teater. Itu adalah persetujuan bersama.

Hubungan saya dan pengarah baik, kami tidak ada apa-apa masalah dan masih berkawan.

Sementara itu, apabila ditanya adakah ada individu sengaja mencetuskan tuduhan ini untuk memburukkan imejnya, Zalif berkata dia tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pihak.

Biarlah mulut orang, saya tak risau sebab rezeki saya ada di mana-mana. Kadang-kadang manusia ni kita tak tahu niat dia macam mana tapi saya pandang semua yang terjadi ni positif.

Saya tak pandang negatif dekat orang yang buat saya ni, tapi anggap tak ada rezeki.

Sebelum ini, pengarah Amirul Haswendy Ashari memberitahu keputusan pengguguran nama Zalif Sidek terpaksa dilakukan demi memastikan kelangsungan dan perjalanan dua teater yang masih dalam proses latihan.

MENARIK:  #OBFesyen: Merayakan Kreativiti! Kolabrasi Converse Malaysia x Monkiddo Memang Unik, Siap Ada Filter AR & Sampul Raya Eksklusif

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular