Zamarul Hisham & Diana Rafar Beri Sumbangan Buat Selebriti Veteran Menerusi ‘Program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0’

Shopee Sale


Selepas kejayaan mengadakan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 pada November tahun lalu, pasangan suami isteri terkenal iaitu Zamarul Hisham dan Diana Rafar kembali menganjurkan program itu buat kali kedua.

Beri sumbangan kepada artis veteran

Antara artis yang menerima sumbangan

Lebih istimewa, program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0 kali ini, pasangan pelakon itu menjalinkan kerjasama dengan jenama makanan tambahan kesihatan iaitu Afyaa Sdn Bhd untuk menyantuni 20 artis dengan memberikan tajaan produk Afyaa Hayyiba, Afyaa Sahiyya dan wang tunai RM5,000.

Zamarul selalu Pengasas program Dari Poket Artis Ke Poket Artis memaklumkan bahawa siri kali ini bukan saja membantu dari wang ringgit, tapi turut mahu memberikan fokus kepada pemulihan kesihatan artis yang terpilih.

Tujuan utama program ini sebenarnya nak menyantuni artis lama dan veteran. Selepas kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0, saya cakap kepada Diana tidak semestinya kita kena buat dan bagi dalam bentuk wang sahaja, tapi mungkin kita boleh bantu dari segi kesihatan.

Kebetulan saya pernah makan produk Afyaa ini sebab ada masalah pinggang, Alhamdulillah berkesan untuk saya.

Selepas berbincang dengan Diana dan bercakap dengan Afyaa, mereka bersetuju menyumbang untuk penjagaan pemakanan selama tiga ataupun enam bulan buat artis yang ada masalah kesihatan serta wang tunai.

Mungkin syarikat lain juga akan menyusuli. Saya dan isteri bukannya jutawan untuk kita buat setiap bulan, tetapi kita cuba untuk buat semampunya dengan menganjurkan program ini.

Dalam pada itu, Diana berharap agar program yang dianjurkan mereka ini dapat dilakukan lagi pada edisi yang akan datang.

Pada awalnnya, niat saya semasa buat Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 sebab dapat sambutan ramai artis seperti Mila Jirin dan Zizan Razak. Artis yang datang sahaja kami boleh kumpulkan daripada seorang itu RM3,000 hingga RM4,000.

Jadi, saya fikir kalaulah perkara ini dapat diteruskan setiap tiga bulan dan kalau dapat teruskan setiap bulan saya bersyukur sangat sebab ramai lagi artis yang tengah popular sekarang kalau dapat tolonglah hubungi saya sebab mahu bersatu.

Tetapi, pastinya ada ujian juga bukan senang nak kumpulkan semua dan bergerak di bawah satu kepala. Jadi saya fikir tak apa kalau susah di sini, mungkin Allah bagi jalan kepada pengasas produk pula.

Saya yakin program seperti ini akan berterusan dan berpanjangn atas niat yang betul. Mungkin bukan setiap tahun, tapi kalau diizinkan Allah setiap bulan saya dan Zamarul memang nak buat.

Sekadar info, antara artis terbabit ialah Norlia Ghani, Delimawati, Azlee Senario, Harun Hashim, Mubarak Majid, Ako Mustapha, Bagio, Ebby Yus, Sathia, Mak Wan Latah, Mak Engku, Kartina Aziz , Anita Rafar, Asilah Rafar, Azila Rafar dan ramai lagi.

MENARIK:  [VIDEO] Satria Mahathir Bangga Pernah Tidur Dengan 28 Wanita dan Dikatakan Curang Dengan Bekas Isteri Sebanyak 3 Kali

Selain menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM5,000, kesemua selebriti yang terpilih turut diberikan kejutan selepas mendapat tajaan mengerjakan umrah daripada Pengerusi Yayasan Global Mesra iaitu Datuk Seri Salim Abdul Rahman.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular