Ziana Zain, Jalaluddin Hassan & Sheikh Muszaphar Sokong Usaha Bebas Hutang Pada Ramadan ini

Shopee Sale


Tak syok nak sambut puasa kalau kita sedang terbeban dengan masalah kewangan, lagi-lagi bila ada masalah hutang.

Sempena Ramadan tahun ini, apa kata kita cuba untuk langsaikan hutang dengan CSA Academy, duta mereka  Ziana Zain, Dato’ Jalaluddin Hasan dan Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar  pun menyokong usaha orang ramai untuk menuju ke arah hidup bebas hutang.

CSA bantu tawar khidmat coach kewangan

CSA mempunyai pengalaman lebih 16 tahun sebagai coach kewangan, sepanjang tempoh tersebut mereka dah bantu lebih 800 isi rumah untuk keluar daripada kemelut hutang. 

Coach kewangan akan membantu korang untuk merangka strategi kewangan yang kukuh bersama pelan pembayaran semula yang kondusif.

Mereka juga bertanggungjawab untuk membuat semakan CTOS serta CCRIS agar dapat menyediakan analisis kedudukan kewangan terbaik buat setiap pelanggan.

Ianya bagi memastikan pelanggan mereka dapat benar-benar mengawal aliran tunai supaya tidak terjerumus ke dalam bahaya hutang yang berpanjangan.

Paling best, khidmat coach kewangan adalah PERCUMA untuk kakitangan kerajaan. Jadi, jika korang sebahagian daripada penjawat awam, jangan lepaskan peluang ini!

Ziana Zain wajah rasmi CSA untuk 2024

CSA dengan bangganya memperkenalkan Ziana Zain sebagai wajah rasmi mereka bermula Mac tahun ini. Terdahulu CSA menamakan Dato’ jalaluddin Hassan dan Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar sebagai duta pada 2023 dan Januari 2024.

MENARIK:  [Interviu] Mahalini berkongsi, "Kami Memiliki Banyak Persamaan, Terutamanya Kehilangan Ibu Seperti Rizky"

Bagi meraikan wajah terbaru CSA, mereka dengan berbesar hati akan berkolaborasi bersama Ziana Zain untuk melancarkan lagu baru “Semangat Wira” serta mempersembahkan konsert beliau pada Mei 2024.

Pemeriksaan maklumat kewangan secara atas talian

Seramai 800 keluarga Malaysia telah menyertai Program Strategi Kewangan CSA secara PERCUMA tau!

Haa.. Buat korang yang berminat nak buat semakan kewangan secara percuma, korang boleh daftarkan diri di SINI.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular