Zizan Razak Tak Selesa Digosipkan Bercinta Dengan Model Nama Nureen – ‘Mengarut & Mencalarkan Kerjaya Seni Saya’

Shopee Sale


Zizan Razak

Pelawak dan pelakon, Zizan Razak akui tidak selesa apabila timbul gosip mendakwa dia sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang pempengaruh media sosial dan model yang dikenali sebagai Nureen.

‘Hanya kawan biasa’

Zizan Razak

Ketika ditemui , Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, 40, menjelaskan hubungannya dengan wanita tersebut sekadar kawan biasa.

Gambar yang tular itu gambar lama. Saya dan dia (Nureen) hanya kawan sahaja dan tidak lebih daripada itu. Kawan biasa, bukan kawan industri.

Saya lebih suka fokus pada kerja berbanding gosip sebegini. Nak kata dia kawan rapat saya, jawapannya tidak.

Zizan berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Ramadan Astro 2024 yang diadakan di Le Meridien, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zizan berkata gosip tersebut agak sensitif untuk dirinya dan menyifatkan sebagai mengarut.

Kata anak kelahiran Terengganu itu, dia tidak mahu kerjaya seninya tercalar disebabkan cerita tidak sahih seperti itu timbul.

Perkara begini agak sensitif sedikit untuk saya. Saya kalau boleh tidak mahu jawab dakwaan ini dan mengarut bila ada cerita yang menjatuhkan nama saya.

Kalau benar gosip itu betul, saya okay untuk menjawab. Tetapi itu tidak benar, risau akan mengganggu kerjaya seni dan mencalarkan kerja saya.

MENARIK:  [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Mengulas Isu Kahwin Lari Di Thailand: 'Ada Yang Sah Di Mahkamah Tetapi Haram & Berdosa Besar'

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular