Zoey Rahman Disekat Di Media Sosial Selepas Tolak Cinta Mass Factorz – ‘Kami Baru Kenal, Jumpa Pun Belum Lagi’

Shopee Sale


Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman akui terkejut apabila seorang wanita dikenali sebagai Mass Factorz yang sering mengadakan siaran langsung bersama di TikTok secara tiba-tiba meluahkan perasaan terhadapnya untuk menjadi kekasih.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Setelah 6 Tahun Aku Pakai Braces, Ini Kali Pertama Aku Dimalukan’ – Zoey Rahman

Artikel berkaitan: [VIDEO] Netizen Tegur Buat Pembedahan Muka Ke? Zoey Rahman Balas, ‘Dah Tua Awak’

Baru kenal seminggu

Memetik laporan Kosmo, Zoey memberitahu perkenalan dengan wanita berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Singapura itu baru kira-kira seminggu.

Kira-kira seminggu selepas kami berkenalan dalam TikTok, dia telah meluahkan perasaan untuk menjadi kekasih saya. Memang kami ada keserasian, buat lawak, berlakon sampai pukul tiga empat pagi.

Kami pun gembira apabila ramai pengikut suka tengok kami berlakon, tapi selepas itu timbul isu lain pula yang lebih ke arah bersifat peribadi.

Saya cakap kepada dia (Mass Factorz) bahawa hubungan kami hanya sekadar kawan atau ‘bestie’ sahaja. Tapi dia mahukan lebih daripada itu. Sedangkan kami baru seminggu kenal, jumpa pun belum lagi.

Lebih berhati-hati

Menurut Zoey, selepas memberi penjelasan dan nasihat kepada wanita itu, dia faham namun bertindak menyekat akaunnya di semua platform media sosial.

Dalam pada itu, dia memaklumkan tiada niat untuk mempermainkan perasaan wanita tersebut dan akan lebih berhati-hati selepas ini.

Ada pihak menyalahkan saya, kata seolah-olah saya beri harapan dengan cara layanan baik. Tapi saya beritahu, memang ini cara saya. Kalau saya anggap mereka budak, takkan kita nak guna ayat kurang ajar pula?

Tapi bila orang salahkan saya, okey saya akui itu kesilapan saya. Mungkin selepas ini saya akan layan santai-santai sahaja. Tak adalah nak manja-manja sangat.

Dia (Mass) meluahkan secara jujur dan saya tidak boleh salahkan dia juga sebab tahu keadaan dia macam mana. Tapi sekarang kami sudah jadi kawan baik, dah okey dan tiada masalah. Cuma selepas ini saya akan berhati-hati.

Terdahulu, Zoey dituduh mempergunakan wanita OKU itu untuk mempromosikan produk kosmetik keluaran syarikatnya.

MENARIK:  Susah untuk Ikut Watak 'Mat Dat' - Pekin Ibrahim

Disebabkan sering mengadakan ‘live’ bersama, timbul rasa cinta dalam diri wanita itu sehingga dia meluahkan perasaan terhadap Zoey untuk menjalinkan hubungan lebih serius.

Zoey bagaimanapun menjelaskan dia ikhlas membantu wanita OKU itu selain menghiburkan pengikutnya di media sosial.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular